* L A M A N   W E B   V O L V O   M A L A Y S I A *

 

 

 

artikel

k e n a p a   V O L V O   ? ?

[WEBMASTER]

 

 

Bismillahirrahmanairrahim..

Anda kata kereta 'orang putih' tahan, berkualiti tinggi, dan selesa. Anda memilih VOLVO. Kenapa ?? Rakyat Malaysia ada lebih banyak pilihan daripada VOLVO. Kalaupun mahu pakai kereta mewah, VOLVOlah kereta mewah yang paling tidak mewah. Tapi, kenapa ?? Kenapa VOLVO ?? Dalam karangan ini, saya akan beritahu anda kenapa anda pilih VOLVO. Mungkin betul, mungkin juga salah.

 

Kenapa Saya Sanggup Beli VOLVO ??

 

VOLVO Selamat

Heh, bercakap tentang selamat, memang satu dunia tahu VOLVO adalah ' KERETA PALING SELAMAT ' di dunia. Kalau hendak dikira daripada segi kebolehan untuk lari laju, kereta Proton Waja atau Perdana V6 pun boleh pergi laju, selalunya Protonlah yang lebih laju daripada VOLVO pun. Sebenarnya, VOLVO pun boleh pergi laju, cuma ada satu keistimewaan, ianya selamat, boleh dipercayai untuk melindungi kita !! Senang cerita, saya pakai VOLVO sebab saya hendak lari laju, di samping mendapat perlindungan yang lebih dan meyakinkan.

 

VOLVO Murah

Huh, VOLVO cepat turun harga. VOLVO baru pun tidaklah semahal kereta lain. Cuba kita bandingkan harga VOLVO S60T dengan Mercedes CLK Kompressor. Walaupun persembahan kedua-duanya lebih kurang sama, namun harganya berbeza. VOLVO terpakai sangatlah cepat jatuh harganya. Sekarang, VOLVO 940 boleh didapati dengan harga lebih kurang RM 45,000 ( lebih murah daripada Proton Waja ) dan VOLVO S70 boleh dapat dalam lingkungan RM 80,000 ( lagi murah daripada Perdana V6 ). VOLVO 240 atau 740 tak payah tulislah, boleh diagak sendiri. Inilah sebabnya VOLVO dipilih!!

 

VOLVO Tahan

Huh, kalau sudah umur melebihi 20 tahun, dan masih tegap bergerak ke sana ke sini, apa lagi yang boleh kita katakan. Memang betul-betul tahan. VOLVO 240 tahun 1989 yang dipandu (bukan saya seorang saja, malah pakcik2, ayah, mak) dikatakan lebih baik, lebih selesa daripada Proton Waja yang belum sampai setahun. Inilah fakta yang saya kutip sebelum menulis artikel ini. Individu-individu ini telah memandu VOLVO 240 tahun 1989 dan Proton Waja tahun 2002, tetap mereka katakan VOLVO lebih selesa dan meyakinkan.

 

VOLVO Senang Dipandu

Ramai yang tidak percaya. VOLVO panjang, besar, mesti susah dipandu. Itulah persepsi saya setelah mula-mula memegang lesen P. Tetapi rupa-rupanya, VOLVOlah kereta yang paling sesuai untuk pemandu-pemandu baru. Saya pernah juga memandu kereta-kereta lain yang lebih baru dan canggih, misalnya Honda, Mercedes, dan sebagainya, tetapi saya rasa VOLVO jugalah yang terbaik untuk saya. Sekarang, melambak orang perempuan memandu VOLVO. Apa yang perlu dihairankan. Inilah faktanya.

 

Rasanya cukuplah setakat ini. Sekian.

Wassalam.

 

 

  

 

utama          atas